Wednesday 30 March 2011

hanya mimpi

aku menegurmu.dan kau hanya diam tersenyum.boleh saya tolong.ayat membuka bicara.kamu hanya diam dan aku tertanya apakah yang patut aku lakukan.aku menuju kepintu dan ternampak seekor ular.dia mematuk kakiku dan aku berlari kesakitan.seketika aku terkejut bila terdengar bunyi guruh yang kuat.aku terbangun dan mengintai ditingkap.merenung lantai dan berfikir makna mimpi tadi....aah tiada maknanya....aku kebilek air.membuka pili air dan membasuh muka.dan bermulalah langkah rutin untuk mengaut pahala sebanyak mungkin....

Tuesday 29 March 2011

tiada akhirnya

adekku
ruang waktu itu singkat untuk kita,justru hargailah pemberianku.sempadan yang kita batasi kerana kita masih ada iman yang terjaga.dunia akan berakhir kiranya salah melangkah.

pasung rindu

tersekat nafasku terpasung rindu yang mengolak.kulukis impian dalam mata terpejam.mencari wajah dalam bayangan.aku bangunkan rohmu dan kita beriringan berfantasi dalam dunia bunian.

kalaulah

alangkah malunya
jika kau dapat meneka silang menyilang dlm mindaku
alangkah malunya kalau kau tahu sesuatu yang tak akan aku beritau
alangkah malunya kalau kau dapat rasai perasaanku
sebaiknya jangan kau tahu dan ambik tahu
aku sekadar ingin memuja semangat kehidupanku
tanpanya
tiada lagi aku mahu melangkah kemana mana
murung kembali kepadaku
justru
biarlah aku memujamu
tanpa kamu tahu

Sunday 27 March 2011

rindu

mahu saja aku katakan.aku rindu masa lepas kita.namun buat apa difikirkan .

Saturday 26 March 2011

hampa

kalau kamu tidak gembira bagaimana kami akan menumpang bergembira.tentu sahaja kami juga turut berduka dengan terheretnya kedukaan kamu.

dia

burung berkicauan .petang yang hening.senyap.sepasang kekasih(mungkin)sdang bicara dengan mesra.tunduk malu sesekali diusik.anak anak berkejaran tanpa takut musibah jatuh dan luka.penjual aiskrim sabar menunggu rezeki.ditaman itu aku berlari anak untuk mengeluarkan peluh.nafas mengah ku tahan tahankan.sesekali menegur pejalan kaki yang biasa ku sapa.

aku nampak seseorang sedang merenung rumput.kaki menguis guis tanpa alasan.diwajahnya ada kekesalan.ada kekecewaan.dia baru ditinggalkan.(mungkin)aku mendepaninya.merenungnya.namun ternyata didepanku tiada ssiapa.hanya pokok yang selesa untuk aku menumpang teduh dan penat.

dia sebenarnya ada dalam gambaran sekeping foto yang ku jumpa....

jatuh cinta




silau pelangi meratah wajahmu yang kemurungan.aku tercari cari makna yang disembunyikan diceruk hati.dengan mata yang merenung dalam matamu.percayalah.aku kini mencintaimu.itu yang mampu aku katakan.

aku bersayap

pejamkan mata pls.seminit saja.apa yang tergerak dalam hati dan mindamu.itulah aku..

hati hati ku

cingcai berfikir....biarlah...biarlah...biarlah
ada masa jangan ambil kisah sangat.biar huruhara hati menepis wajah bertandang.ignore saja.bukan boleh buat apa sekadar tetamu roh roh wajah.

bila fikiran diberatkan.mencari hujung keputusan.sebenarnya adalah mimpi p.ramli dengan putri bunianya sahaja.segalanya indah belaka.hakikatnya kehidupan dah ditentukan.simpang arah dah terlangkah.tidak ada lagi babak menoleh kebelakang.teruskan teruskan.dengan hati teruja kepada hukum karma.lihat apa yang baik dan lakukan yang terbaik.menebus dosa dosa yang termampu.

Friday 25 March 2011

manusia biasa

yang baik kita buat dan memang kita ingin lakukan.yang salah kita tak sengaja buat atau terikut nafsu melulu.selagi belum namanya dosa dosa besar.kita masih dikira manusia biasa.semua pancaindera terpalit dengan dosa dosa ini.namun penawarnya ialah basuhan air wuduk dengan hati yang tawaduk,

namun dosa ini juga datang dalam bentuk yang indah.iaitu perasaan.kalau namanya anugerah tentu saja kita tak dapat menolaknya.tapi berurusan dengan ujian indah juga jihat sebenarnya.saya nasihatkan diri sendiri.suka dia tak apa.credetnya ialah doa.tapi jangan sampai dia sukakan saya.kerana pesonanya akan makan dalam.

Thursday 24 March 2011

lagu itu

aku tidak daya membenci ketika mendengar lagu itu.lagu itu adalah kenangan lukamu kerana dia.kenangan sepimu ditinggalkan dia.lagu itu juga membuka ruang luas untuk aku menyintaimu.

belantara

aku nampak kamu kesunyian.kaki menguis daun daun kering.pandangan mu tunduk kebumi.sesekali melihat sisa langit yang dilindungi pepohon gergasi.indahnya kiranya kamu sedang memikirkan aku.aku sedang melihat kamu dan kamu tidak berupaya melihat ku.percayalah.aku sedang merenung kamu tika ini.tanya jantungmu.adakah berdebar dikuis gerak hati..

laut.

tepi pantai aku melihat seakan kamu.merapati aku.memegang tanganku.mengiringi pergigian air laut.sempat lagi kau bisekkan".alangkah........................."
ketika aku membuka mata aku melihat kanak kanak sedang berkejaran sesama mereka.
hampa.aku sendiri ditempat ini.
alangkah indahnya jika kau betul betul ada..

Tuesday 22 March 2011

hadirnya kamu

terserempak dan bagiakan tercampak
hatiku pada kelembutan bicara
membuka segala gerhana.yang selama menyelimuti jiwa
hadir kamu
hadir juga bicara.
tertambat pada manisnya
senyum senja

ku simpan namamu

namamu sudah didoakan maknanya
banyak kali dalam tiap deru angin
yang kadang kadang datang menerjah
dan entah bila akan kembali
menyahut seruan hati

Monday 21 March 2011

aku suka terjun.

pagi ini

pagi ini aku girang.
seseorang berkirim salam dalam ceria semalam
gundah hilang dalam keresahan
semangat apa yang telah hilang
namun berita mengemparkan
menghasut kebencian yang maha dalam
dajal apa yang muncul diakhir zaman

hilang

wajah pelangi berpindah pada kamu
sirna lawan cahaya dibalek cermin
dari kejauhan warna jatuh dihatiku
nampak kamu disitu
aku diam disini
menegurmu takut termalu
pelangi yang kau gemgam
dibawa pulang
aku hanya memerhati
kamu hilang dalam gelungan pelangi.

mainan takdir

tunduk meragut wajahmu
jatuh dalam mataku.lemas dalam ingatan
hati seakan berpesan
berpada padalah
kamu seperti warna dalam guli
ingin mendapat kamu.guli mesti dipecahkan
hanya melihat kehancuran
bermain dengan guli
hanya main main.

jangan jauhi aku

langkah berkerat rotan.jauh kau tinggalkan.

andai kata..

jngan menafikan.tak kira kamu dimana.aku menyertai kamu dalam roh roh yang diam.sesuatu yang tak akan lepas dari memikirkan mu.namun sulitnya ialah aku sendiri enggan ketemu dalam nyata.malu bersengketa dengan kewarasan propaganda.
sekiranya diandaikan kita bertemu dalam bukan aturan manusia.hargailah walaupun sedetik atau sekilas pandang.

Sunday 20 March 2011

cinta

bukan baju yang bersilih ganti
bukan sekadar kata kata menalpakan diri
bukan sekadar setiti air dikeladi
ia bermula dan tiada akhirnya
kekal dimana mana
anugerah tanpa cela

tulis apa saja

mencipta dunia untuk diri sendiri.disini aku lebih bebas.

disuatu masa

bertemu kamu dalam impian yang dianugerahkan.suatu masa yang pasti.aku berdoa dalam diam.temulah kita walau sekali.tidak semestinya dalam perjanjian.Hanya reda kalau Dia mendengar bisekkan.suatu haripasti memiliki sesaat itu.

bayang

cukuplah sekadar melihat kelibat kelibat.aku tahu aku tidak patut mengukur bayang yang telah di ukur masa ketinggiannya oleh masa yang berbeza.lihat diri sendiri dimana waras dijadikan pedoman.

tiada ruang

boleh aku masuk?kau depangkan tangan.Masuklah.aku meninjau didalamnya.lalu aku berkata.nampaknya ruang untuk saya tidak ada lagi.maaf saya kena pergi.lalu kau biarkan aku begitu saja.aku hanya ingin sekadarnya.merebah duka.ingin bercerita.