Tuesday 31 May 2011

sebelah matamu dan sebelah mataku

pandangan kita tidak serupa walaupun sebelah mata.aku seperti apa .dimatamu...dan kamu tetap begitu dalam pandanganku.dua mataku tidak berbeza kepada kamu.

Monday 30 May 2011

salam kawan

kamu dekat dihati saya.tapi kamu menjauhi sya dari segala benteng.sy ingin katakan.dekatlah saya untuk kamu mendekati NYA.dan Jauhilah saya untuk mendekat hati kepadaNya.Doa yang dari dalam itu hanya untuk didengari oleh yang Maha Pencipta.

Sunday 22 May 2011

kita mulakan semula

jangan ada rasa salah sangka
ingin aku bersahabat,tak mungkin kita berjabat
laluan atur sudah ditentukan
kita sekadar kawan berdebat
ada masanya aku curahkan perasaan
bukan ingin menawan
kamu bukan milekku dan termaktub untuknya
rinduku kadang kadang susah nak duga
sayangku kadang kadang  bersilang makna

Thursday 5 May 2011

aku ini apa...

aku sakit.dan sakit itu aku tahankan.aku kecewa dan duka itu aku aku simpankan.segala galanya kerana terlukaan dan kerinduan yang tak terpadam.Meledak jiwa sopan santun.Hari ini aku melihat aku lain dari hari biasa.Kegagalan yang jarang sekali berlaku.Dan ternyata aku tewas sebenarnya.Ya Tuhan...sesungguhnya aku semut yang takut hilang dalam barisan.

Untuk sementara aku akan berehat seketika.berhenti menulis disini dan disana.berhenti mengusung rindu dimana mana.berhenti mencari bayang bayang purba.Apabila sesuatu itu berlaku sebenarnya diminta berfikir kenapa dan mengapa ia berlaku.Gaung yang maha dalam.dalamnya adalah luka yang tersimpan.
terima kasih kawan kawan disini.Kita jumpa lagi kiranya ada pelangi melengkungi bumi.Itu tandanya ada nafas yang masih diizinkan bersemi..

Tuesday 3 May 2011

gila

hmmmm ramai betul orang gila sekarang ni....aku pula gila bayang.kawan aku tahap makcik ni gila movie.gila kuaci.boss aku gila enternet.rakan sepejabat gila order.apa saja katalog dia mesti order.jiran aku gila bunga(bagus juga nampak cantek)
dah dah namanya gila...sudah melebihi over dos...kena brek ni......

Sandaran Hati - Letto


ini lagu yang disetkan dalam alarm handphoneku.Jam 4.45 pagi.Ambil masa lajak berangan 15 min dan lagu itu sekali lagi berbunyi jam 5 pagi.Mengeliat dan yoga separuh sedar 15 min.sambung mimpi dalam jaga 15 min...lagu yang sama berkumandang jam5.30 pagi...Bangun....macam masa membakar kek je.
sekiranya 3 kali lagu itu tidak diperdulikan alamat akan terlompat lompatkan dipagi yang damai itu sampai menyumpah nyupah diri sendiri.Bagus juga kalau kamu dengar.kita berkongsi perasaan ..ok
"friend?"

dibelantara.embun membanjiri hati.....

Teringat seawal pagi yang sunyi sepi.kamu meluahkan kesedihan yang terbuku.Kata kamu dia yang memulakan dan kamu terjatuh dalam godaan masa.Kamu terjerat antara fitrah dan langkah kehadapan.Aku hanya diam dan melayangkan sehelai daun untuk menakung airmatamu.Embun dipagi hari sehingga kering dibakar mentari.aku masih teringat kekecewaan itu.Bukankah aku juga turut merasakannya.Sehingga kini ia tetap menjadi rahsia yang masih ku simpan.

Monday 2 May 2011

Jem

Hujan renyai seawal pagi.Penanda jem.Harap harap lampu trafik tak mati.Kalau tidak pecah kepala menanggung beban emosi akibat karenah jiran jiran sekereta.Polis trafik yang bertugas pun datang nya tak menentu masa.Apatah lagi dalam hujan hujan begini.Lambat 10 min sudah memberi kesan ketara kepada kesesakkan jalan raya.

Bersiap ala kadar.Menuju kedapur.Panaskan air.Pastinya nescafe .Dua keping roti dimasukkan dalam oven pembakar roti(toaster)

Membuka peti ais.Mencari jem kaya dengan butter.kelibat kawan melintas.
"ooi makcik.mana jem"tanya ku '
"jem..? ko carilah kat jalan raya",katanya sayup dari bilek air.

"hai mak nenek,jem atas meja pun tak nampak,Kena tukar power mata tu"Katanya lagi.
Aku terus menuju kemeja.Jem otak aku sekejap.Hanya memikirkan jem diluar ,jem didepan mata jadi hilang.Jem dan butter aku lumurkan dimuka roti atas bawah.ditangkupkan menjadi sepasang.

Otak kalau difokoskan kepada dua benda,mesti satunya terabai.

okko

nampak ok.tapi ko

Sunday 1 May 2011

wajah

cuba menyibukkan diri dari kesepian.Bertapa didepan tv.Movie sebaik itu tidak menarik perhatianku setelah wajahmu menghiasi diskrin tv itu.Perrrgg.Ingin sekali aku melupakan kamu dalam sehari untuk membina kekuatan diri.Kamu setelah tidak lagi menegur aku adakah.kamu tenang disana.Salahkah aku?