Saturday 30 April 2011

susah melupakan kamu

ada masanya air mata mengalir juga.Rindu kamu teramat.

dalam hati ada taman

Agak terlambat.Aku bergegas bersiap ala kadar.Sewaktu diluar pintu ,sambil menjawab panggilan.terus menuju kekereta.Jem lagi.Namun betul  betul kena berhati hati.Tiba tiba lori didepan brek mengejut.Spontan aku tersenguk kerana terpaksa bertindak yang serupa.Hampir sahaja mencium belakang lori itu.Seketika terpandang kasut yang ku pakai.Alamak.OMG.Kasut aku berlaian pasang.Mustahil aku kena berpatah balek.

Mencari idea idea mr Bean.Buntu.Tiada cara lain kecuali menahan diri dan bakal berdepan dengan rasa malu.
Destinasi dituju sudah sampai.Setelah menjejak kaki kebumi.berdiri tegak melihat diri.Nasib baik aku berpakaian sopan.Baju kurung.Agak selamat dari pandangan bila kain dilondehkan sikit.

Dengan langkah sepenuh yakin.kaki menuju kesatu sudut.Seorang pemuda dengan senyum menyambut kedatangan aku.Senyum berbalas.Perbincangan mengenai suatu urusan berjalan tanpa gangguan.Tekun dan fokus.Rupanya dia sudah memesan oder.Seketika dia meminta izin untuk kebilek air.Sementara itu aku menyempatkan diri menikmati hidangan sarapan pagi.Selera agak memuncak.Rupanya semalam perut tidak beralas.Dari jauh dia kembali menuju kemeja.Senyuman agak aneh.agak panjang.Tetapi aku cuba menidakkan sebarang spekulasi.Lelaki sekacak itu mustahi akan "tersuka"pada pandangan pertama.Urusan resmi ini mesti dijauhi dari unsur unsur peribadi.

Dirumah.kawan aku menegur."pelik la .kasut i hilang sebelah.melaun mana yang  curi ni"Aku hanya diam.malas melayan gadis"andartu"didepanku.Bersahaja dan memalaskan diri disofa.Sewaktu membelek handphone ,satu mesej tertera"Ingat saya tak perasan ke kasut u berlainan fesyen.Kalau buat salah,pandai2lah
cover silang kaki bawah meja tu"

Senyum aku antara gelak sendiri.Dia rupanya agak fokus.mesej itu aku diamkan.tidak ada perkataan...dalam hati mcm ada taman....

Thursday 28 April 2011

Teringat kata tok guru.

"chilako.chilako.chilako"
kenapa?
Pagi panas membahang.Petang hujan berturutan.Malam seram sejuk.esoknya(hari ini)berlaku ketidak stabilan dalam badan.Deman selesema.
Dalam kereta.dingin aircon buat ku terbersin beberapa kali.
Celakonya..aku terpaksa memandu diline pertama kerana mata asik terpejam beberapa kali.Bolehkah bersin dalam mata yang terbuka.Jeritan hon ditujukan kepada aku.Ada pemandu gila tunjuk jari hantu.
"tidur lebih baik kalau begini"Disuatu empat aku berhentikan kereta.Ingin aku luahkan bersin yang berkali kali.Namun tidak juga ada tandanya.
memulakan perjalanan semula..dan bersin kembali menyerang.siksa menahan mata tutup bila memandu.

hai rama rama ikutlah aku pulang.

Wednesday 27 April 2011

Dipersimpangan jalan

Terhenti seketika.lampu kuning menjadi merah.Ku toleh kekanan.Kamu dengan seseorang.Ku tenung lama lama.rupanya seseorang yang lain.Kenapa aku ini?
Ku teruskan perjalanan.Menghitung masa yang makin melebur.Selamat tinggal untuk kamu.Aku harus  fokus.

kalau kau nak tahu

aku sembunyikan sekian lama apa yang ku pendam.
aku ingin sekali berjumpa kamu.Namun aku simpan hasrat itu.
kalau kamu ingin tahu.aku ingin sekali mengatakan yang aku sedang mencintai dirimu.Bagai nak pecah dada ni menanggung beban pendam yang tak ada kesudahan ini.
Namun.disebalek ini aku juga merasakan rasa itu berlaku.

Monday 25 April 2011

kalaulah begini

tunduk mengukur hakikat diri
jauh jaraknya mengemudi
lautan yang geloranya tak bertepi
pincang hidup kemudian hari
kalau begini
menyesali kini lebih bermakna
daripada derita bebanan dibawa.

Sunday 24 April 2011

Tuhan..................

Sakit dada....harap aku tidak mati hari ini.
Jantung berfungsilah dengan baik.
paru paru..harap kamu tidak mogok untuk tuan kamu ni
.........MMMMMmmmmmMMMMnnnnnnnMMMMnnnnnnn..........
AAAhhh !traffic rosak.Kelihatan hati 2 yang rosak..Kenapa kaum adam.Kesiannya kamu.
Jangan suka HON HON ok.mentaliti...hancus

Saturday 23 April 2011

pelangi menyendiri

Dunia pagi.aku sudah bangun
melangkah
kaki kanan ku fikirkan kehidupan
kaki kiri ku buang kenangan
tangan kanan ku pegang kewajiban
tangan kiri ku tepis godaan

Air diraut kemuka melihat titis titis berkaca
yang mengalir dari kelopak mata
susah dibezakan dengan kenyataan
aku
mampukah bersempadan

mengumpul kedukaan

hati.mampukah kah membendung kesakitan ini.

ingin menulis tentang kamu

kamu baik.ada masa jahat juga
kamu ramah.kadang kadang sombong
kamu bijak.ada benda kamu kurang pandai
kamu sensitif tapi mampu jadi oranglain pasif
kamu biasa biasa saja..namun boleh jadi luar biasa

kata orang pula
kamu memang baik
kamu memang ramah
tapi nampak pendiam
kamu pandai.bijak juga
kamu unik,jarang ada antara mereka

Yang perlu aku tahu
adakah kamu itu yang aku tahu
dan kamu itu yang mereka tahu

Friday 22 April 2011

Dia....

..............berjalan seperti berlari.seakan terbang.dalam fokus matlamat menemui kamu dalam rupa yang kamu tidak sedari.Tiba tiba ada didepanmu.Memerhati dengan rasa cinta sepenuh hati.Menatap dan mengharap kamu menyendari dalam bawaan mimpi.Dia memuja kamu seperti tugu.Dalam lena kamu dia mmemerhati dengan bersungguh hati.Diharap dapat memimpin tangan kamu keluar dari pembaringan dan berlari didada langit.Bergurau senda dalam selindung awan.Dia mampu menyatakan tanpa perlu bicara.Kamu merenungi sepasang mata yang tidak berkelip dan memahaminya sudah mencukupi untuk menghantar rohnya pulang mendakap jasadnya yang kerinduan.

Tiba tiba dia terjaga.Mimpi itu diingatnya berkali kali.Senyum kepuasan dibawa kembali kelena tidur yang aman.
Tidurlah wahai dia.Mengertilah wahai kamu...

tidur

ubat segala kemurungan.tidurlah.bernafas dalam mimpi yang mungkin mengembirakan.Dunia buka mata tak seindah bila pejam mata.tidurlah.

Thursday 21 April 2011

hidup beroda...

Alhamdulillah.Pagi yang tenang.Nyanyian burung menyempurnakan kedamaian pagi ini.Rutin pagi aku biar.kan seketika.Mengelamun sambil menyuap apam"bodo".Disulam air kopi yang masih panas berasap.Bahagianya disaat mengenang kan emak sambil bercerita.Hidupnya yang keseorangan tidak habis cerita bila ada saat begini.

Emak.Kamu amat cekal menhadapi hidup ini berseorangan.Ayah pun semasa hayatnya tidak pula mengembirakan hidup emak.Sakit "buatan orang"yang dengki turut membuat hidup emak hancur dan terhakis pengorbanan yang bukan sedikit.Aku melihat keperitan hidup emak sedari kecil.Bila emak ketawa ah?Bila?Air mata berkaca lagi...Mudahnya.Malam tadi sambil menjamah asam laksa"manggi segera pun "sempat lagi ia merembes keluar.Lalu dipura pura katakan
.kuahnya agak pedas dan panas sebagai manipulasi terdesak.Makan dengan hati pedih.Selera apa itu.?bodos!

Emak berjualan kueh sedari kecil.Seawal pagi emak mengejutkan aku untuk membantunya.Ujud rasa tidak iklas dalam hal ini.Bola air menitis.Tak dapat ditahankan lagi.Maafkan aku.Hasil dari jualan kueh itulah.emak belanjakan untuk persekolahanku.Berdosanya aku emak.

"Dia masuk hospital"kata emak.aku diam dan faham siapa yang dimaksudkan.Lelaki dalam wad itu bukan pilihanku dan ia semata mahu memenangi hati emak dengan budi bahasanya semata.Aku hanya terpaksa akur untuk tidak mengecewakannya.Sumpah.hati aku tidak ada langsung.AKu melayannya hanya sekadar tidak mahu emak berkecil hati.

Akhirnya emak akur keputusannku bila aku menolak hasratnya.Keputusanku membuat dia kecewa teramat sangat.Rupanya lebih dari dua tahun dia menungguku.Biarpun aku perasan akan hatinya juga.katanya katanya.namun hati tetap tidak terbuka untuk dia.Dia sakit setelah aku menolaknya.Gila.Bukankah ramai lagi orang lain.

Air kopi aku teguk untuk kali yang terakhir.Apa kabar dia agaknya?Maaf aku tidak sengaja melukai hati kamu.Namun kini.pusingan itu beroda kepada diri sendiri.Rasakan pembalasan dari dunia untuk aku.Tahu maknanya hati sakit?Tahu rasanya hati pedih?Tahu tidak akan menjanjikan apa apa keputusan"happy ending"
namun diam dan hilang kamu adalah jihat kesakitan yang amat sukar.Aku kena terima kalau keputusan kamu untuk tidak menoleh lagi.Apa salahnya kita sebagai kawan?dan mencari pahala dalam berjihat berperang dengan kemaksiatan yang menguji.Cinta itu bukan semestinya untuk bersatu.Cinta itu hidupa dalam hati.cinta itu doa dari hati yang suci.Tahukah kamu?

kelemahan yang nyata

Setiausaha diri sendiri?Sudah beberapa hari bilek kecik itu tidak dijenguk,Fail tidak menipis dari susunan.Duduk dikerusi.Pusing pusing lihat keliling dinding.Sawang mula menjajah disetiap penjuru.Menarik nafas dalam dalam.Sesuatu harus bermula dengan nekad.Bukan azam lagi.Azam hanya angan angan yang akan terpadam bila tidak lagi diungkit .

Komputer dibuka.Buka FB..ahh kenapa kamu yang diatas?Turunlah...Kalau benci hindarilah.Larilah sekuat hati.Putihkan bayang hitam itu...Lupakan saja.
"Tiba tiba ada teguran di ruang ym.Berdebar,gembira.benci.dendam.Semua terkumpul dalam satu ayat SUKA dan LEGA.Kenapa aku ni?...

Untuk sesekian kalinya ingin aku memaki diri sendiri.bodos....Kamu sedang berusaha kan?Kamu dalam kesakitan kan.Kamu di permainkan?

Wednesday 20 April 2011

jangan janjikan apa apa

baju bersaiz besar dengan pijama pun bersaiz besar longlai menuju kebilek air.Luka yang masih berbekas diawasi dengan risau.Hayunan kaki amat teratur.Di dunia pembaringan dengan memori kesakitan direnungnya dengan keinsafan.Bahagianya jadi seorang bayi.

Tiba tiba pintu dibuka.Nurse memberi senyuman biasa.Disengajakan.Sekadar merawat hati pesakit.Dihat jadual hujung katil.dan berlalu keluar.Seketika dia menjenguk kepala diruang pintu yang terbuka sedikit dan berkata
"tak lama lagi sembuhlah.jangan risau,"katanya sambil menutup pintu rapat rapat.

Itu katanya.Kembali kepembaringan dan kembali bernafas dengan tenang.Pejam mata antara jemu hidup dan pasrah.Hidup ini tak ada perjanjian.

Dalam deretan itu.

Bumi basah dipagi hari.Cahaya mentari menerjang dari celah celah awan.Canteknya awal pagi .Burung bersiulan diantara rimbunan pokok.Tenang damai dan dingin.Seperti biasa dipagi ini kereta berderetan menuju kelautan rezeki.Kiri kanan adalah wajah yang pelbagai.Ragam yang sendiri sendiri.Tertoleh disebelah ,menamati wajah dengan tekun.,wajah dia lagi...
tiba tiba hon berbunyi,terleka dan termalu sendiri....bodos.amat bodos....

Tuesday 19 April 2011

aku tinggalkan kamu

aku sudah bangun dengan sebenarnya,.dan tinggalkan kenangan dipembaringan.Tudung pelangi yang menyelubungi mindaku akan terselak kerupa yang sebenar.Lihatlah sesuatu yang bodoh aku pertahankan selama ini.Untuk apa.kerana apa.untuk siapa.semuanya hanyalah sia sia .Hanya sia sia.sia sia sia.sia sia sia sia sia sia sia.Aku melihat diriku.Tenanglah kamu dipembaringan kenangan buat selamanya.Aku harap aku kuat tanpa kamu.Yang sebenarnya aku sedang menempah kain kapan mulai sekarang.

Monday 18 April 2011

so hot so nice

pertautan dua rasa

secangkir kopi,ku hulur dengan senyum manis.melihat kamu menghirup dan bernafas dengan rasa cinta.angin petang yang membuai rambutmu kedahi .aku perhatikan sungguh sungguh.tidak terlafaz ucapan.Aku sangat menyintaimu...
ku hulurkan sepinggan kek pelangi untuk kamu nikmati.Alangkah ashiknya melihat kamu menikmati masakanku.
rebahkan kepalamu di ribaku sayang.....

Sunday 17 April 2011

bermula cerita

aku kenal kamu,bermula dari percarian nama.pengukir sajak yang selalu terpadam ilham..aku mengkagumi sajak sajak dan aku menyimpan hasrat ingin menemui penciptanya.sekian lama.lama dan lama.Aku tidak lagi menjumpai apa apa lantaran hidup sudah dililt warna pelangi.

Namun dewasa hidup yang beroda akhirnya menemukan juga.Ah..aku kagum bahasanya.Aku rindu sentuhannya.Dalam cubaan mendekati.hati juga bersajak bukan main.Mula terawang awang bila mendapat reaksi.Dan sesuatu yang aneh mula menjalari keurat nadi.

Perkiraan yang mudah.Namun amat susah dilihat.Terlalu payah menerima hakikat bahawanya pertautan tanpa moral ini akan berakhir dengan waras akal mencampuri urusan hati.
Bergolak dalam jiwa.resah berperang dan pendam yang berselirat.Sakitnya menhadapi kenyataan bahawa tidak akan ada apa apa kesimpulan dalam talian yang bersimpul mati.Lalu keputusan yang sebaiknya jangan cuba berjinak dengan ular yang akan mematuk mati suatu hari.Sebatang mancis jangan cuba bermain percikkan api.

Sebagai apapun anggapan kamu,aku terima asalkan jangan menjauhi ku.Berilah semangat dalam sisa sisa perjuanganmu sebagai bekal untuk aku mengorak langkah.Semangat kamu  ada sesuatu yang tidak mampu kita bicarakan.Hanya kekal dalam hati.Kekal dalm ingatan sampai bila bila.

Sekarang.aku kehilangannya semua sekali.Kamu dan sajak sajak kamu juga.Biar rasa sayu dan aku memahami dalam setiap makna dihati..Kamu membenci aku kerana kecewanya kamu dengan harapan yang tertinggal.Bukankah aku pendengar cerita cerita kamu?

Saturday 16 April 2011

pencil warna?


ku capai warna warna ini dan mulai melukis.
ini kehidupanku seterusnya.
ini wajahku seterusnya
selamat tinggal wajah hitam putih...sudah jadi dulu..dulu dan dulu dulu...
ku janji kehidupan pelangi yang lebih ceria....

Friday 15 April 2011

pls

bagaimana mahu ku pejamkan mata tanpa menatap wajahmu.pls...
hati..sekali lagi katakan yang terkurung dalam hatimu.

sepanjang perjalanan....

1 km.....matamu merenung .keliling kosong.
2km......kata katamu tergiang giang ditelinga...lembut memikat...(senyum sendiri)
3km....teringat bicara terakhirmu....tersedih.namun tiada lagi apa apa yang ada.
4km...wajahmu kembali merenung...
5km..sayu....
6.7.8.9.10.km....wajah wajah kamu.bicara kamu.senyum kamu.jenaka kamu.....

bila berhenti.,tutup pintu....tiada lagi kamu......

Thursday 14 April 2011

malam ini

aku akan menanggis sepuas puasnya dalam hati.biar bengkak mata keesokkan harinya menjadi saksi "kesakitan ini harus dihentikan segera"
gelodak kalbu yeng meresah jiwa.titisan air mata menjadi saksi jihat peperangan.Maaf apabila segalanya bergelimpangan.akan aku kebumikan tanpa menulis nama dipusara.Segalanya akan benar benar menjadi kenangan.Maaf kerana menyusahkan kamu selama ini.salam sayang buatmu.

dihujung mengejar pelangi

Hari ini aku telah melepasi pelangi dihujung jalan.Tolonglah tenang hatiku.Aku mengakui dalam tanpa sedar ada hati mengintai dalam sepi.Dan aku tidak pernah peduli.Sudah terlambat untuk kita memulakan disaat berada di pengakhir.Pelangi yang mewarnai hidupku selama ini sudah ku lukis sebagai kenangan.

Wednesday 13 April 2011

aku teringin makan ini untuk sessi terakhirku....

ingin aku menerokai saat menikmati ini dengan mu...izinkan dalam mimpiku..
,,,,,,,,

lihat mata ku.......

sesekali kita harus mengakui anugerah senyap ini.untuk dinikmati sebelum kita sampai ketitiknya.
.....................................
.ini salam terakhir buat mu .mungkin.terdera kerana pencarian yang tak mungkin sampai.

salam titik

......................................................................
..........................................
.....................
...........
.....
..
.

minta maaf

kalau aku angin tiupan aku sesekali merebah pohon tanamanmu
kalau aku ribut ,lantaran didorong perintah langit
kalau aku api lantaran marah cemburuku
kalau aku air,menghanyutkan kamu diawangan
kalau aku tanah,tugasku menyelimuti tubuhmu demi arahan
minta maaf
kadang kadang bukan kemahuan ku

Tuesday 12 April 2011

katakanlah

aku hanya tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku.kenapa indah bahasa membuai perasaan secepat kilat kamu tidak meniakan.aku memahaminya dengan baik dan mohon kita memudahkannya.

hingga akhir nanti

sehingga aku betul betul tenang.waktu itu aku tidak menoleh lagi.tidak lagi mencintai warna pelangi dan menanti kehadirannya.berkali kali hatiku terhiris bukan sebab dilukai.maaf sekiranya aku tidak ujud lagi disini.anggaplah aku sudah berlabuh dalam ruang selesa.Jangan kocak ketenangan itu lagi.
bukan aku tidak faham situasi yang sukar untuk ditruskan harapan mainan ini.tapi cukuplah sekadar tidak menjauhi dariku....

kekasih yang tak jadi

hakikatnya tersurat tersirat tak mampu mengakui .kamu kekasih.kerna apa?batas julang namamu dilangit takut burung burung menyebarkan rahsia.angin pun menjadi ribut jika pesan itu disampaikan.apa mampu selain melihat dengan roh dan bertemu roh dalam rantau lain.aku sayang kamu.kekasih.

dari langit melihat kamu...

mengejar pelangi dihujung langit,kaki terjerlus kelubang dalam.dalam sakit ku tempang berjalan.tiada kayu penahan tongkat ditangan.berpaling ku lihat awan berarak mendung.tiada pokok dahan berteduh.
biarlah.biarkan...

Sunday 10 April 2011

tolong jangan diam

semakin hampir tapi masih sembunyikan .bukankah lebih baik mengurai makna titisan pelangi yang mewarna kita selama ini.Jangan mengundang awan mendung yang kelam .

Saturday 9 April 2011

mengapa tidak

setiap kali berbicara dengan kamu.hati rasa tenang.tapi yang pasti aku akan kehilangan kata kata itu.Untuk siapa terkorbannya perasaan yang dipendam.dan terbakar dalam bara rindu yang takterpadam.
katakan saja .kerana aku menunggu.

kenal pasti

aku ingat aku ini siapa,tapi rupanya aku bukan siapa siapa kepada siapa siapa.rupanya sendiri dalam menyendiri.
ingatkan dalam sementaar ini aku boleh bernafas dengan tenang rupanya aku tersekat dalam kekalutan jiwa.

Friday 8 April 2011

tiada ucapan.

rupanya sakit itu menceritakan segalanya.ia adalah dugaan.cabaran,dan pengalaman.hari ini luka itu mengalir lagi.tiada ubat kecuali masa yang menyembuhnya.bermula seperti dulu .dulu.tiada siapa siapa.

sia sia

sedang mengiring semangat jiwa.tiba tiba dipatahkan dengan dengan ucapan "apa yang berlaku hari ini adalah sia sia sahaja"sedikit kegembiraan yang baru dikecapi berakhir dengan kecewa.Kenapa kecewa?
aku tetiba menangkap makna."kehilangan kamu akan menyesatkan aku kembali kealam murung"kegembiraan seperti dihempas dengan hati yang kesal.Menyesalkah kamu.....?

Thursday 7 April 2011

ini adalah lagu (anuar zain)

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

ilham curi dari blog titis tinta...sory friend...heheeh