Wednesday, 30 March 2011

hanya mimpi

aku menegurmu.dan kau hanya diam tersenyum.boleh saya tolong.ayat membuka bicara.kamu hanya diam dan aku tertanya apakah yang patut aku lakukan.aku menuju kepintu dan ternampak seekor ular.dia mematuk kakiku dan aku berlari kesakitan.seketika aku terkejut bila terdengar bunyi guruh yang kuat.aku terbangun dan mengintai ditingkap.merenung lantai dan berfikir makna mimpi tadi....aah tiada maknanya....aku kebilek air.membuka pili air dan membasuh muka.dan bermulalah langkah rutin untuk mengaut pahala sebanyak mungkin....

Tuesday, 29 March 2011

tiada akhirnya

adekku
ruang waktu itu singkat untuk kita,justru hargailah pemberianku.sempadan yang kita batasi kerana kita masih ada iman yang terjaga.dunia akan berakhir kiranya salah melangkah.

pasung rindu

tersekat nafasku terpasung rindu yang mengolak.kulukis impian dalam mata terpejam.mencari wajah dalam bayangan.aku bangunkan rohmu dan kita beriringan berfantasi dalam dunia bunian.

kalaulah

alangkah malunya
jika kau dapat meneka silang menyilang dlm mindaku
alangkah malunya kalau kau tahu sesuatu yang tak akan aku beritau
alangkah malunya kalau kau dapat rasai perasaanku
sebaiknya jangan kau tahu dan ambik tahu
aku sekadar ingin memuja semangat kehidupanku
tanpanya
tiada lagi aku mahu melangkah kemana mana
murung kembali kepadaku
justru
biarlah aku memujamu
tanpa kamu tahu

Sunday, 27 March 2011

rindu

mahu saja aku katakan.aku rindu masa lepas kita.namun buat apa difikirkan .

Saturday, 26 March 2011

hampa

kalau kamu tidak gembira bagaimana kami akan menumpang bergembira.tentu sahaja kami juga turut berduka dengan terheretnya kedukaan kamu.

dia

burung berkicauan .petang yang hening.senyap.sepasang kekasih(mungkin)sdang bicara dengan mesra.tunduk malu sesekali diusik.anak anak berkejaran tanpa takut musibah jatuh dan luka.penjual aiskrim sabar menunggu rezeki.ditaman itu aku berlari anak untuk mengeluarkan peluh.nafas mengah ku tahan tahankan.sesekali menegur pejalan kaki yang biasa ku sapa.

aku nampak seseorang sedang merenung rumput.kaki menguis guis tanpa alasan.diwajahnya ada kekesalan.ada kekecewaan.dia baru ditinggalkan.(mungkin)aku mendepaninya.merenungnya.namun ternyata didepanku tiada ssiapa.hanya pokok yang selesa untuk aku menumpang teduh dan penat.

dia sebenarnya ada dalam gambaran sekeping foto yang ku jumpa....