Sunday 17 April 2011

bermula cerita

aku kenal kamu,bermula dari percarian nama.pengukir sajak yang selalu terpadam ilham..aku mengkagumi sajak sajak dan aku menyimpan hasrat ingin menemui penciptanya.sekian lama.lama dan lama.Aku tidak lagi menjumpai apa apa lantaran hidup sudah dililt warna pelangi.

Namun dewasa hidup yang beroda akhirnya menemukan juga.Ah..aku kagum bahasanya.Aku rindu sentuhannya.Dalam cubaan mendekati.hati juga bersajak bukan main.Mula terawang awang bila mendapat reaksi.Dan sesuatu yang aneh mula menjalari keurat nadi.

Perkiraan yang mudah.Namun amat susah dilihat.Terlalu payah menerima hakikat bahawanya pertautan tanpa moral ini akan berakhir dengan waras akal mencampuri urusan hati.
Bergolak dalam jiwa.resah berperang dan pendam yang berselirat.Sakitnya menhadapi kenyataan bahawa tidak akan ada apa apa kesimpulan dalam talian yang bersimpul mati.Lalu keputusan yang sebaiknya jangan cuba berjinak dengan ular yang akan mematuk mati suatu hari.Sebatang mancis jangan cuba bermain percikkan api.

Sebagai apapun anggapan kamu,aku terima asalkan jangan menjauhi ku.Berilah semangat dalam sisa sisa perjuanganmu sebagai bekal untuk aku mengorak langkah.Semangat kamu  ada sesuatu yang tidak mampu kita bicarakan.Hanya kekal dalam hati.Kekal dalm ingatan sampai bila bila.

Sekarang.aku kehilangannya semua sekali.Kamu dan sajak sajak kamu juga.Biar rasa sayu dan aku memahami dalam setiap makna dihati..Kamu membenci aku kerana kecewanya kamu dengan harapan yang tertinggal.Bukankah aku pendengar cerita cerita kamu?

2 comments:

  1. kamu seolah manusia familiar yg biasa aku kenal dlm hidupku

    ReplyDelete
  2. mungkin saja kalau itu gerak hatimu.bukan kah didunia ni ada 7 orang yang serupa .

    ReplyDelete