Saturday 30 April 2011

dalam hati ada taman

Agak terlambat.Aku bergegas bersiap ala kadar.Sewaktu diluar pintu ,sambil menjawab panggilan.terus menuju kekereta.Jem lagi.Namun betul  betul kena berhati hati.Tiba tiba lori didepan brek mengejut.Spontan aku tersenguk kerana terpaksa bertindak yang serupa.Hampir sahaja mencium belakang lori itu.Seketika terpandang kasut yang ku pakai.Alamak.OMG.Kasut aku berlaian pasang.Mustahil aku kena berpatah balek.

Mencari idea idea mr Bean.Buntu.Tiada cara lain kecuali menahan diri dan bakal berdepan dengan rasa malu.
Destinasi dituju sudah sampai.Setelah menjejak kaki kebumi.berdiri tegak melihat diri.Nasib baik aku berpakaian sopan.Baju kurung.Agak selamat dari pandangan bila kain dilondehkan sikit.

Dengan langkah sepenuh yakin.kaki menuju kesatu sudut.Seorang pemuda dengan senyum menyambut kedatangan aku.Senyum berbalas.Perbincangan mengenai suatu urusan berjalan tanpa gangguan.Tekun dan fokus.Rupanya dia sudah memesan oder.Seketika dia meminta izin untuk kebilek air.Sementara itu aku menyempatkan diri menikmati hidangan sarapan pagi.Selera agak memuncak.Rupanya semalam perut tidak beralas.Dari jauh dia kembali menuju kemeja.Senyuman agak aneh.agak panjang.Tetapi aku cuba menidakkan sebarang spekulasi.Lelaki sekacak itu mustahi akan "tersuka"pada pandangan pertama.Urusan resmi ini mesti dijauhi dari unsur unsur peribadi.

Dirumah.kawan aku menegur."pelik la .kasut i hilang sebelah.melaun mana yang  curi ni"Aku hanya diam.malas melayan gadis"andartu"didepanku.Bersahaja dan memalaskan diri disofa.Sewaktu membelek handphone ,satu mesej tertera"Ingat saya tak perasan ke kasut u berlainan fesyen.Kalau buat salah,pandai2lah
cover silang kaki bawah meja tu"

Senyum aku antara gelak sendiri.Dia rupanya agak fokus.mesej itu aku diamkan.tidak ada perkataan...dalam hati mcm ada taman....

No comments:

Post a Comment