Thursday 5 May 2011

aku ini apa...

aku sakit.dan sakit itu aku tahankan.aku kecewa dan duka itu aku aku simpankan.segala galanya kerana terlukaan dan kerinduan yang tak terpadam.Meledak jiwa sopan santun.Hari ini aku melihat aku lain dari hari biasa.Kegagalan yang jarang sekali berlaku.Dan ternyata aku tewas sebenarnya.Ya Tuhan...sesungguhnya aku semut yang takut hilang dalam barisan.

Untuk sementara aku akan berehat seketika.berhenti menulis disini dan disana.berhenti mengusung rindu dimana mana.berhenti mencari bayang bayang purba.Apabila sesuatu itu berlaku sebenarnya diminta berfikir kenapa dan mengapa ia berlaku.Gaung yang maha dalam.dalamnya adalah luka yang tersimpan.
terima kasih kawan kawan disini.Kita jumpa lagi kiranya ada pelangi melengkungi bumi.Itu tandanya ada nafas yang masih diizinkan bersemi..

5 comments:

  1. hidup kita perlu ada komanya..berehat lah seketika..tapi jgn terlalu lama ye

    ReplyDelete
  2. mutiara br lepas 'berhenti',
    kamu hati2 ya mase tengah 'berhenti'

    jaga diri..

    ReplyDelete
  3. rehatlah semahu mana yang kau mahu.sembunyi rasa sorok perasaan.simpan pendam dan kau hadam perlahan-lahan...





    aku masih sembunyi lagi...

    ReplyDelete
  4. ambil masa kamu..kita semua perlu lari sebentar dari sesuatu..

    ReplyDelete