Sunday 22 July 2012

aku pokok tua itu
masih berdiri teguh
melihat dari jauh,sesiapa yang mahu menumpang teduhku
mendengar bisekkan bayu berlalu.menyindirkan salam
setia dengan dugaan angin dan panas

aku pokok tua itu
masih anggun dengan daun daun muda
semangat kebal yang memagari jiwa kental
tidak akan tumbang dengan meletusnya api marah

aku pokok tua itu
mengamit rindu pada sekelian wajah
yang sementara adanya
yang kekal dihatinya

aku pokok tua itu
melihat sejarah kita
tumbang sebelum sempat dibaca....

No comments:

Post a Comment