Sunday, 22 July 2012

aku pokok tua itu
masih berdiri teguh
melihat dari jauh,sesiapa yang mahu menumpang teduhku
mendengar bisekkan bayu berlalu.menyindirkan salam
setia dengan dugaan angin dan panas

aku pokok tua itu
masih anggun dengan daun daun muda
semangat kebal yang memagari jiwa kental
tidak akan tumbang dengan meletusnya api marah

aku pokok tua itu
mengamit rindu pada sekelian wajah
yang sementara adanya
yang kekal dihatinya

aku pokok tua itu
melihat sejarah kita
tumbang sebelum sempat dibaca....
aku kehilangan kata kata untuk memaklumkan betapa hancurnya hati bila dipermainkan dan diperbodohkan...untuk sekian kehidupan ini.harap kamu temui jawapan dihujung perjalanan.terima kasih untuk kamu...

Tuesday, 3 January 2012

pergi

sedih.hampa.terguris.kecewa.akhirnya aku faham sendiri.akhirnya aku terpaksa lupakan kamu juga.

Wednesday, 23 November 2011

aku mencintaimu

Sungguh.tapi langit sungguh kelam.Kamu hilang dalam bayangan

Monday, 21 November 2011

Tuhan

BERILAH AKU KEKUATAN.SEMANGATKU RUPANYA ADA DALAM DIRINYA....

Friday, 4 November 2011

semakin berpaling

semuga kamu sihat seadanya.walaupun mungkin ada jarak yang kelabu.aku selalu mengintai dari jauh.

Thursday, 3 November 2011

mengurung kesukaran

Aku benamkan dalam dalam akan sebuah kenyataan.Aku akan melihat kamu dari jauh sahaja dan mendoakan agar kau sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah.juga semuga kamu adalah terpilih sebagai insan yang akan dikenangi sepanjang hayat.Ameen.

Sudah terlalu lewat untuk bersatu dalam kekecewaan kamu itu.Biarkan semuanya berlalu.

Tuesday, 25 October 2011

AKU KEMBALI

Kembali menelan kata kata sendiri.Aku tidak mampu memendam sebuah rasa.Malah makin bergoncang dalam jiwa.Tuhan aku tahu ini salah.dan aku telah mengotori hati aku sendiri dengan diam diam mencintai dirinya.

Friday, 2 September 2011

maaf

setelah beribu kali difikirkan...maya ini hanya sekadar meniti titian keseberang.dimana hujungnya masih belum ku temui apa apa.ingin aku ucapkan selamat tinggal untuk sahabat ku disini.Walau siapa saja ANDA....TERIMA KASIH BERKONGSI MINDA.


Wednesday, 27 July 2011

pelangi hitam

kamu singah dihati dan tetap berada disitu.Aku terima seadanya dan kini rasa sering menyulam suka dan duka.juga cemburu memanah jiwa.Hati terbakar dan membara dalam luka...

Sunday, 17 July 2011

bayangmu melintas

gapai angan mencecah awan,hilang kabus nampak bayang.namun wajah tidak kelihatan.deru angin kamu hilang.

Thursday, 30 June 2011

TOLONG PINJAM BAHU

AKU MAHU MENANGGIS SEPUAS PUASNYA.

Tuesday, 21 June 2011

dia hilang kemana

kerinduan yang parah............kenapa kamu harus datang dalam mimpi mimpiku.....

Friday, 10 June 2011

terima......

aku tetap ada kamu walaupun kamu tidak ada aku....itu takdirku.

Thursday, 9 June 2011

teruskan...

teruskan keghairahanmu menhampiri hati hati untuk melihat mereka menanggis.dan kamu memerli.
"ah..perempuan perempuan ini,datangnya seperti sehelai kertas"untuk aku tulis.lukis.dan peroyokkan....

Tuesday, 7 June 2011

nak tanye

datangmu dengan lagu lagu
.pulangmu tanpa irama..
.senyummu dari mulut yang membisu
.hati takut bertanya
.ketawamu bukan gurauanku
.tapi jatuhku yang tersepak batu....

aku terhiris.kamu sinis
.aku menanggis kamu tidak menoleh
.bila aku ingin pergi ,bayangmu mencari.
  bila ketemu.air mata menitis

Monday, 6 June 2011

??

air yg tenang jangan kau alunkan dengan kenangan.takut geloranya bisa membuat hati jadi setengah mati.

Tuesday, 31 May 2011

sebelah matamu dan sebelah mataku

pandangan kita tidak serupa walaupun sebelah mata.aku seperti apa .dimatamu...dan kamu tetap begitu dalam pandanganku.dua mataku tidak berbeza kepada kamu.

Monday, 30 May 2011

salam kawan

kamu dekat dihati saya.tapi kamu menjauhi sya dari segala benteng.sy ingin katakan.dekatlah saya untuk kamu mendekati NYA.dan Jauhilah saya untuk mendekat hati kepadaNya.Doa yang dari dalam itu hanya untuk didengari oleh yang Maha Pencipta.